Thursday 17 October 2013

Persediaan

Anda dah bersedia? Dah bersedia utk masuk alam baru?
Fuh.. macam nak kawin pulak.. :P


Persediaan aku pecahkan jadi 3.. kenapa 3? sebab bukan 4..:)
1. Persediaan Mental
2. Persediaan Fizikal
3. Persediaan Alat Perang (aku tambah sendiri, takde dlm list Dr. Atkins)

Mental

Aku ni macam nak taip tesis pulak.. sori la.. takde bakat tulis blog.. tapi tima kasih banyak2 la kat cikgu2 aku at least aku bleh menaip sampai org paham.. hehehe.. back to da topic..
Persediaan mental.. sebelum korang nak wat Diet Atkins (Selepas ini akan disebut sebagai DA) korang kena bersedia dari segi emosi..
"Wah.. kurus la dia lepas ni...."
"Amboi.. makan lauk je ke..."
"Ala.. ko tu bukan gemuk sangat.. makan je nasik tuh.. letih aku masak.."\
Dan bermacam-macam lagi ayat yg bleh membuatkan telinga bernanah berdesing.. Setkan dalam kepala.. sbut kuat2 (dalam hati)..
"KORANG TENGOK LA NANTI!!!!"
p/s: One more thing.. korang kena belajar masak.. untuk mengelakkan beli makanan siap kat kedai yg kite tak tau kandungan carbs'nya.. nak resepi? sabar la.. :P

Fizikal

Lahir tahun 80 an bermakna korang dah hidup 30 tahun.. 30 tahun makan nasik tiap2 hari.. tiba2 nak makan lauk je.. tahan ke? tak letih ke? mati ke tak? ke?
Banyak persoalan yg timbul.. pengalaman aku.. kalau aku nak buat sesuatu.. aku buat je.. korang pulak aku tak tau la camne..so.. kalau agak2 tak bleh.. rasa cam tak berdaya nak menahan kelaparan sebab tak makan nasik sebab dalam kepala dah set kalau nasik tak wujud,dunia ni akan kiamat sebab semua manusia akan mati... korang ikut step aku nih..
1. pagi nasi, tengahari nasi, malam lauk saje (selama 2 hari)
2. pagi telur, tengahari nasi, malam lauk saje (selama 2 hari)
3. pagi telur, tengahari lauk, malam lauk (selama 2 hari)
4. Hari ketujuh: korang dah bersedia utk mencuba menu induction DA...
P/s: tapi kan.. bagi aku.. rugi masa wat camtu.. sebab sepatutnya seminggu dah bleh turun 4 kg kalau wat betul2.. korang pikir la masak2 ye...

Alat Perang

Nak pegi perang kat mana pulak ni??
Bukan nak pegi perang sayang.. Saje buh title nak kasi menarik skit..
Alat Perang tu.. korang kena pegi shopping BAHAN2 RENDAH CARB utk korang masak...
Aku ade wat list so korang salin.. pegi beli... nanti nak salin resepi pulak..
1. Sos Barbeku (jenama life sahaja.. yg lain tinggi carbs)
2. Mayonis (jenama Kewpie @ Lady's Choice Makanan Barat sahaja)
3. Keju (Cheddar, Mozarella, Pharmesan)
4. Sosej (jenama Farm Gold..kalau ade yg lagi rendah tolong kongsi kat comment)
5. Daging kisar (jenama? banyak yg bawah 2g so beli je la)
6. Button Mushroom
7. Susu Cair (jenama Myrasa)
8. Serbuk Oregano, All Spice
9. Serbuk lada hitam (jangan beli sos lada hitam.. tinggi carbs)
10. Kobis, Brokoli, Lemon, Capsicum, Udang, Lamb Shoulder..
Buat sementara ni cukup ni dulu kot.. yg penting.. jgn pandai2 nak tukar jenama.. contoh: orang lain makan mayonis kewpie 0.2g je.. korang pegi makan Thousand Islands 6g sekali makan.. pastu bising berat tak turun.. banyakkan membaca.. rajin2 la survey.. kalau ade ape2 nak tanya.. sila la tanya.. kalau bleh jawab aku jawab... kalau aku diam tu paham2 la.. aku bukan expert.. saje nak kongsi pengalaman..
Bagus jugak DA ni.. dapat member baru... Best2...:P

p/s: Kalau ade otai2 atau sifu2 yang lebih expert perasan kesalahan aku.. tolong tegur ye.. sound direct je.. segala kesalahan adalah tidak disengajakan...

5 comments:

  1. hahaha.. kalu mu sampai tlg msg aku sepatoh.. last2 tunggu punya tunggu sampai msg : "SEPATOH"
    wakakaka

    ReplyDelete
  2. nice info. tapi ada org ckp makanan berproses seperti sosage dan seangkatan dgn nya tak elok. especially masa fasa induction/pengenalan. hehehe... amber bukan expert pon just baca kat http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/umum/7195-atkins-diet-.html

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. hi, thanks for ur info..just nak tnya burger jenama ramlee tu ok tak? and wht abt santan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...