Monday 14 October 2013

Atkins Diet

Atkins Diet..
Atkins? Atkiner? Atokinsu? Amende tu? sejenis kuih?
Atkins Diet - Salah satu diet skill yg diperkenalkan oleh Dr. Robert Atkins.. Sebab tu namanya Atkins Diet.. kalau mak beliau bagi nama Robert Atlantis.. Atlantis Diet la jadinya.. yang pastinya takde kena mengena langsung ngan Mr Bean - En. Rowan Atkinson..:P


Atkins Diet - Diet rendah karbohidrat (low carb).. Dr. Robert dah perkenalkan diet ni sebelum aku lahir lagi.. tahun 70 an.. tapi time tu tak dapat sambutan sebab tengah popular fofular ngan Diet rendah lemak (low fat).. masalahnya.. makan makanan rendah lemak dah bagus dah.. tapi kalau karbohidrat tinggi.. bila nak kurus? badan duk bakar karbohidrat so bila nak bakar lemak? setakat jogging sekali seminggu nak turun 4 kg jgn harap la.. selama ni kita menggunakan karbohidrat sebagai sumber tenaga.. melalui Atkins Diet kita akan ganti karbohidrat dengan protein & lemak sebagai bahan api dalam badan.. bila lemak dah terbakar.. kurus la kita.. mudah kan?

WARNING: Kepada wanita yang sedang mengandung / sedang menyusu.. JANGAN sesekali mencuba Atkins Diet ni.. tak bagus utk baby.. so beware..

Fasa Atkins Diet:
1. Induction (pengenalan)
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime maintenance..

Tempoh masa? Induction tu paling kurang 2 minggu.. bergantung kepada berat dan target individu..
Induction ni cam sesi temuduga la.. korang nak keje.. time temuduga kena wat betul2.. kalau sesi perkenalan pun dah kantoi.. camne nak dapat keje kan?
Time induction akan berlaku satu proses pembakaran lemak yang dinamakan KETOSIS.. untuk 3 hari pertama.. korang akan rasa letih, mengantuk, peluh agak berbau, air kencing terlebih kuning.. tapi percayalah.. masuk hari ke 4 korang akan kembali normal.. korang takkan rasa lapar.. sebab? JANGAN RISAUKAN KALORI.. just elakkan karbohidrat.. kalori takpe.. so kalau nak telan sekor kambing pun tak kisah..

PERHATIAN:
Hanya 20 gram karbohidrat dibenarkan dalam masa sehari (24 jam) time induction..

Contoh mudah: sepinggan nasi - 88 g carb (karbohidrat)
Kalau makan 1/4 pinggan nasi - 22 g carb.. dah lebih 20 g.. belum masuk lauk lagi..
So senang citer kalau nak kurus.. TAK BOLEH makan nasik..
Abis? aku nak makan ape? mati la kalau tak makan nasik...
Kalau aku mati.. sape nak buat blog ni.. kan?
Nanti aku citer ape yg boleh & tak boleh dimakan..

p/s: IBU MENGANDUNG / IBU MENYUSU JANGAN CUBA DIET INI!!!!
p/s/s: Atokinsu- sebutan Atkins dalam loghat Jepun.. :D


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...