Aku Seorang Atkiner

Pembongkaran Program Diet Tanpa Senaman Tanpa Bayaran

Aku Nak Kurus

Bagaimana Nak Hilangkan 20kg? 30kg? 50kg?

Resepi

Resepi Untuk Para Atkiners

Stevia Rebaudiana

Makanan Alternatif Yang Tidak Mengganggu Diet

Motivasi

Motivasi. Inspirasi. Semangat Untuk Kuruskan Badan

Friday, 18 October 2013

Senarai Carbs Dalam Makanan 2.0


Sekali lagi.. panduan utk korang membeli / masak makanan..
Jangan pakai makan je.. 'cek dulu sebelum telan'..
Nanti kang orang lain diet 2 minggu turun 10 kg..
kite diet jugak - 2 minggu turun 1/2 kg je.. naya beb!

TAUHU
1 keping tauhu - 2.16g
1 keping tofu goreng - 1.36g
1 tofu lembut - 1.5g

SUSU DAN GULA
Susu skim - 11.4g
Susu rendah lemak skim - 11.9g
susu cair - 25.3g
susu pekat - 166g
santan kelapa (1 tin) - 6.3g
1 sudu kecil gula - 4.2g
1 sudu besar gula - 12.6g
1 sudu kecil gula perang - 4.48g
Sugar powder (1 sachet kecil) - 2.49g
Pemanis tiruan (1 sachet)
- Equal 0.89g
- splenda 0.9g
- Saccharin 0.89g
- Fructose sweetener 3.0g

SOS
sos tiram  1 sudu besar - 1.97g
sos cili 1 sudu besar - 5g
sos tomato 1/2 cawan - 8g
sos pizza 1/2 cawan - 8g
kicap soya biasa 1 sudu besar - 1.4g

SAYUR & BUAH rendah carbs
salad iceberg / coral 1 cawan - 0.2g
alfalfa / taugeh  1 cawan - 0.4g
timun batang 1/2 cawan - 1g
1 batang seleri - 0.8g
cendawan 1/2 cawan - 2.4g
brokoli 1/2 cawan - 1g
bunga kobis 1/2 cawan - 2g
kobis 1/2 cawan - 2g

Thursday, 17 October 2013

Senarai Carbs Dalam Makanan


Aku tak tau sumber ni sape yang wat research..
Credit to orang yg wat.. kite kongsi ramai2 utk panduan bersama..
(skema gile ayat..huhu)
Korang nak makan ape ari ni? cek dulu sebelum makan...

BUAH

1. Epal (1biji) -15.8g

2. Pisang (1biji) -23.9g

3. Beri hitam (1cawan) - 6.2g

4. Belimbing (1cawan) - 5.6g

5. Ceri (10 biji) - 9.5g

6. Kurma (5 biji) - 28.7g

7. Anggur (10 biji) - 8.5g

8. Kiwi (1biji) - 8.7g

9. Lemon (1biji) - 3.8g

10. Limau Mandarin (1biji) - 7.4g

11. Mangga (1biji) - 31.3g

12. Oren (1biji) -12.3g

13. Betik (1biji) - 24.3g

14. Peach (1biji) -7.8g

15. Pear (1biji) - 15.8g

16. Nenas (1cawan) -17.6g

17. Labu (1cawan) - 9.3g

18. Kismis (1cawan) - 109.6g

19. Strawberi (1biji) - 0.8g

20. Tembikai (1cawan) - 10.9g

SNEK MAKANAN

1. Kek Pisang saiz sederhana -15.8g

2. Kek Keju saiz sederhana - 20.4g

3. Kek Coklat sederhana - 35g

4. Tiramisu sederhana - 44g

5. Kek Krim Span sederhana- 39g

6. Kek Oren sederhana - 40g

7. Kek buah sederhana - 28g

8. Kek krim sederhana - 14g

9. Coklat susu 1bar - 26.1g

10. Lollipop sederhana - 10g

11. Pringles 1oz - 15g

12. Ais krim vanilla 1cawan - 30.4g

13. Almond 24bj -2.3g

14. Buah kenari 14biji - 2g

15. Badam hijau 47biji - 4.7g

16. Karamel 1cawan - 4.7g

17. Popcorn butter 1cawan - 6g

SAYURAN

1. Artichoke 1cawan - 12.3g

2. Asparagus 1cawan - 0.7g

3. Rebung 1cawan - 2.4g

4. Brokoli 1cawan - 3.6g

5. Kobis 1cawan - 3.9g

6. Baby carrot 1biji - 0.8g

7. Couliflower 1cawan - 2.8g

8. Saleri 1cawan - 1.7g

9. Daun bawang 1sudu - 0.1g

10. Jagung 1cawan - 27.8g

11. Timun 1biji - 9.4g

12. Dandelion hijau 1cawan - 3.7g

13. Terung 1cawan - 6.2g

14. Bawang 1cawan - 14g

15. Cendawan 1cawan - 1.5g

16. Kacang polong 1cawan - 6.8g

17. Lada hijau 1biji - 3.6g

18. Lada merah 1biji - 1.2g

19. Lobak putih 1biji - 1.2g

20. Bayam 1cawan - 2.5g

21. Tomato 1biji- 3.5g

22. Keladi 1cawan - 40g

23. Zhucinni 1cawan - 5g


BMI Chart

BMI tu mende?
BMI tu singkatan bagi Body Mass Index (Indeks Jisim Badan)
Ukuran bentuk badan manusia berdasarkan berat dan ketinggian individu..
(so jangan sesekali korang ukur kucing korang guna BMI.. manusia je tau...)

Melalui BMI.. korang akan tau berat yang sesuai ngan ketinggian korang..
Dan, korang bleh tau sekarang ni korang gemuk ke kurus..

Macam aku.. tinggi 170 cm.. berat sekarang 75 kg..
So aku masih dalam kategori Light Overweight.. 
So berat yg sesuai utk aku.. bawah 70 kg..  (kolum kaler hijau)
Pernah sentuh tahap Obes (Gemuk Melampau) sebab berat aku pernah mencecah 89kg sebelum DA..

1 lagi Tips mudah untuk kira berat ideal..
Tinggi (cm) - 102 = Berat Ideal
Contoh: Tinggi korang 158 cm, so 158 - 102 = 56 kg <-- BERAT IDEAL KORANG...



p/s: Sumber: bicikut.blogspot.com

Penimbang


Satu lagi alat yg WAJIB ADA bagi setiap Atkiner..
Kenapa?
Timbang kat supermarket kan senang.. tak payah beli..
Korang kena ade penimbang ni sebab..
TAKKAN KORANG NAK PAKAI TOWEL TIME TIMBANG KAT SUPERMARKET??
Time pegi supermarket.. macam2 benda 'melekat' kat badan korang...
Keronsang je dah 50g.. Duit syiling dalam poket tak kira lagi..
Tu belum campur berat tapak kasut lagi.. yang pakai gelang rantai emas pun dah dekat2 sekilo..
Kena pulak baru lepas makan KFC... huhuhu..

So jalan penyelesaian utk cari timbangan yang paling tepat, nak tak nak korang kena ade alat penimbang ni kat rumah.. (kalau tak malu pegi la tumpang rumah jiran.. hahaha)

CARA TIMBANG:
1. Timbang sekali seminggu.. jangan timbang tiap2 hari.. kalau berat tak turun korang akan stress..
2. Time timbang pakai pakaian yang sama.. aku galakkan pakai towel (kering) je.. 
3. Masa terbaik - lepas bangun tidur, lepas korang buang air.. (kalau bangun lewat solat subuh dulu wei..) lepas bangun tidur semua kalori dah terbakar.. so lepas korang buang air.. itu la berat badan sebenar korang..
4. Kenapa perlu digital? time timbang korang kena pandang lurus ke depan.. badan tegak.. so kalau bukan digital (penimbang biasa) korang kena tunduk utk tengok berat korang.. itu pun dah silap kat situ.. 
5. Lepas timbang.. simpan penimbang dalam stor.. jangan taruk bawah katil.. nanti korang ketagih nak timbang setiap hari.. kalau berat turun takpe.. kalau naik.. korang akan stress dan korang akan cari nasik utk balas dendam.. hehehe..
6. Jangan timbang lepas makan.. korang makan 2 ketul ayam pun berat dah bleh mencecah 1/2 kilo.. 

p/s: Aku pernah terkena skali.. berat aku time tu sepatutnya 75 kg.. pernah sekali aku timbang 69 kg.. melompat kesukaan la wei.. baru cadang nak wat kenduri kesyukuran.. cek skali lagi.. rupanya bateri nak abis.. mengarut la jadinya.. aku try timbang dumbell saiz 20kg jadi 5kg je.. huhuhuhu...




Food Diary

Food Diary..
Korang ingat tak ape yg korang makan time lunch 2 hari lepas?
Ape yg korang telan time breakfast 3 hari lepas?
Kenapa berat tak turun2 minggu ni?

Inilah kepentingan food diary.. sebagai panduan / rujukan apa yg korang telan..
Takde maknanya kita nak hapal ape yg kita makan... berapa carbs kita makan 2/3 hari lepas..
Food Diary akan pastikan korang tak tersalah makan (janji korang jujur la..)
So korang bleh tau ape yg menyebabkan berat tak turun..
Aku sendiri pernah rasa.. tak tergamak untuk menulis perkataan Cloude 9 dlm Food Diary..
So aku tak jadi beli...

Food Diary jugak sebagai rujukan berapa carbs korang makan setiap hari.. untuk memastikan konsisten ke tak korang jaga makan.. pastu last skali sebagai MOTIVASI.. aku sendiri bangga tengok food diary aku.. masih sihat walaupun tak makan sebutir nasik pun dalam seminggu.. masih gagah walaupun tak minum air manis langsung.. masih maintain walaupun tak kunyah cekedis...

Kat sini aku bagi contoh.. colum exercise tu terpulang kat korang la nak isi ke tak.. yg penting total carbs kat belakang tu korang kena isi utk pastikan setiap hari korang tak kantoi...
Korang nak print.. dipersilakan.. nak salin buh dalam buku latihan pun terpulang kat korang..


Cheat Day

Ramai yang tanya aku..
Amende Cheat Day tuh? Hari menipu sedunia? Hari tipu diri sendiri?
Tak baik menipu.. dosa.. :)

Baru DA 2 minggu dah pikir nak Cheat Day? jangan gitu.. nanti stress..
Tapi takpe la.. at least dapat ilmu baru kan?

Cheat Day - satu hari yg korang dibolehkan untuk makan apa sahaja dalam masa 24 jam..
Apa sahaja? waaahhh.. menarik tu...
Tapi.. hanya 1 hari setiap sebulan.. ade yg wat 1 hari setiap 2 minggu tapi aku tak galakkan..
Contoh: Korang start Diet (20g sehari) bermula 1 oktober 2013..
Pada 1 november korang bleh makan apa sahaja dalam masa 24 jam..
Masuk 2 hb november korang kena kembali Diet macam biasa sampai la korang jumpa berat ideal..
Bila dah jumpa ideal.. korang dah selesai induction.. pastu bleh masuk Fasa 2 DA..
Kalau wat betul2.. tak sampai 3 bulan korang dah bleh capai target..
Kalau kata la korang kantoi.. 1 nov korang cheat day.. 2 nov korang masih lagi cheat day...
Proses Ketosis akan terhenti dan berlaku la kerugian yg amat besar sebab korang akan DA selama 4 hari tanpa turun berat walaupun 1 gram!!!!!
So.. jangan pikir sangat Cheat Day tu...
CAPAI TARGET DULU.. pastu korang nak chipmunks (CHEAT MONTH) pun takde hal dah...

p/s: Sebarang teguran amat dialu2kan.. otai2.. jgn malu2 nak tegur aku yg masih belajar nih... :)

Persediaan

Anda dah bersedia? Dah bersedia utk masuk alam baru?
Fuh.. macam nak kawin pulak.. :P

Persediaan aku pecahkan jadi 3.. kenapa 3? sebab bukan 4..:)
1. Persediaan Mental
2. Persediaan Fizikal
3. Persediaan Alat Perang (aku tambah sendiri, takde dlm list Dr. Atkins)

Mental

Aku ni macam nak taip tesis pulak.. sori la.. takde bakat tulis blog.. tapi tima kasih banyak2 la kat cikgu2 aku at least aku bleh menaip sampai org paham.. hehehe.. back to da topic..
Persediaan mental.. sebelum korang nak wat Diet Atkins (Selepas ini akan disebut sebagai DA) korang kena bersedia dari segi emosi..
"Wah.. kurus la dia lepas ni...."
"Amboi.. makan lauk je ke..."
"Ala.. ko tu bukan gemuk sangat.. makan je nasik tuh.. letih aku masak.."\
Dan bermacam-macam lagi ayat yg bleh membuatkan telinga bernanah berdesing.. Setkan dalam kepala.. sbut kuat2 (dalam hati)..
"KORANG TENGOK LA NANTI!!!!"
p/s: One more thing.. korang kena belajar masak.. untuk mengelakkan beli makanan siap kat kedai yg kite tak tau kandungan carbs'nya.. nak resepi? sabar la.. :P

Fizikal

Lahir tahun 80 an bermakna korang dah hidup 30 tahun.. 30 tahun makan nasik tiap2 hari.. tiba2 nak makan lauk je.. tahan ke? tak letih ke? mati ke tak? ke?
Banyak persoalan yg timbul.. pengalaman aku.. kalau aku nak buat sesuatu.. aku buat je.. korang pulak aku tak tau la camne..so.. kalau agak2 tak bleh.. rasa cam tak berdaya nak menahan kelaparan sebab tak makan nasik sebab dalam kepala dah set kalau nasik tak wujud,dunia ni akan kiamat sebab semua manusia akan mati... korang ikut step aku nih..
1. pagi nasi, tengahari nasi, malam lauk saje (selama 2 hari)
2. pagi telur, tengahari nasi, malam lauk saje (selama 2 hari)
3. pagi telur, tengahari lauk, malam lauk (selama 2 hari)
4. Hari ketujuh: korang dah bersedia utk mencuba menu induction DA...
P/s: tapi kan.. bagi aku.. rugi masa wat camtu.. sebab sepatutnya seminggu dah bleh turun 4 kg kalau wat betul2.. korang pikir la masak2 ye...

Alat Perang

Nak pegi perang kat mana pulak ni??
Bukan nak pegi perang sayang.. Saje buh title nak kasi menarik skit..
Alat Perang tu.. korang kena pegi shopping BAHAN2 RENDAH CARB utk korang masak...
Aku ade wat list so korang salin.. pegi beli... nanti nak salin resepi pulak..
1. Sos Barbeku (jenama life sahaja.. yg lain tinggi carbs)
2. Mayonis (jenama Kewpie @ Lady's Choice Makanan Barat sahaja)
3. Keju (Cheddar, Mozarella, Pharmesan)
4. Sosej (jenama Farm Gold..kalau ade yg lagi rendah tolong kongsi kat comment)
5. Daging kisar (jenama? banyak yg bawah 2g so beli je la)
6. Button Mushroom
7. Susu Cair (jenama Myrasa)
8. Serbuk Oregano, All Spice
9. Serbuk lada hitam (jangan beli sos lada hitam.. tinggi carbs)
10. Kobis, Brokoli, Lemon, Capsicum, Udang, Lamb Shoulder..
Buat sementara ni cukup ni dulu kot.. yg penting.. jgn pandai2 nak tukar jenama.. contoh: orang lain makan mayonis kewpie 0.2g je.. korang pegi makan Thousand Islands 6g sekali makan.. pastu bising berat tak turun.. banyakkan membaca.. rajin2 la survey.. kalau ade ape2 nak tanya.. sila la tanya.. kalau bleh jawab aku jawab... kalau aku diam tu paham2 la.. aku bukan expert.. saje nak kongsi pengalaman..
Bagus jugak DA ni.. dapat member baru... Best2...:P

p/s: Kalau ade otai2 atau sifu2 yang lebih expert perasan kesalahan aku.. tolong tegur ye.. sound direct je.. segala kesalahan adalah tidak disengajakan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...