Telur..
1 jenis makanan yg amat fofular dikalangan Atkiners..
Sebut je Atkins mesti terbayang telur..
Bile sebut telur mesti terbayang kolesterol..
A: Tak bahaya ke ko makan telur banyak2 ni?
B: Makan telur banyak2 nanti kentut busuk!
C: Pelik la Diet ko ni.. orang diet makan telur putih jeee!
hahaha.. nak kentut wangi time bekpes hirup Dunhill Desire la wei..
Mana ade kentut wangi? *Ade.. kentut suami isteri mlm pertama.. wakaka
Telur ni adalah masakan yg paling mudah paling cepat..
Tak yah pikir pasal bawang, lada, cuka, gula dll..
Rebus 2 biji.. telan.. dah kenyang..
KOLESTEROL DALAM TELUR
Kuning telur memang ade kolesterol..
Tapi.. Kuning telur ade jugak nutrien penting yang boleh kurangkan risiko sakit jantung cam vitamin D & B12, riboflavin dan folat..
Udang pun ade kolesterol yang tinggi, boleh jadikan jantung sihat kerana Omega-3 asid lemak dan kaya dengan selenium dan vitamin B12..
Kita selalu dengar orang cakap: Elakkan makanan yang mempunyai lemak tepu sebab bleh naikkan level kolesterol dalam badan..
Betul sgt2.. aku setuju..
Tapi.. itu kalau korang makan makanan yang berkarbohidrat + lemak cam nasi lemak, nasi goreng, roti canai, cappati, pizza..
menaip sambil air liur meleleh..
So.. badan korang akan sibuk bakar karbohidrat.. lemak2 yang ade takkan dibakar dan akan menempel kat badan korang.. pendek kata.. korang akan gemokkkk!!!
Bila korang wat Diet Atkins..
Korang akan makan 20g carb sehari..
Lepas bakar carb (karbohidrat).. badan korang masih bekerja.. nak bakar ape lagi? carb dah abis..
BAKAR LEMAK LA!! sebab tu jgn pelik kalau korang bleh turun berat 1 kg SEHARI..
Dalam sebuah kajian mengenai Low Carbs Diet (Diet Rendah Karbohidrat)..
Kajian yang dilakukan ke atas orang yang membuat Atkins telah menunjukkan bahawa diet yang mengandungi lemak tepu boleh mempunyai kesan positif ke atas profil kolesterol diorang..
Hasil Kajian berkenaan Diet Atkins..
1) Lemak yang tidak tepu datang dari ikan, buah zaitun, kacang dan sayur-sayuran yang lebih rendah kolesterol LDL ("buruk") dan meningkatkan HDL ("baik") kolesterol.
2) Mengawal karbohidrat mengurangkan trigliserida, sejenis lipid (lemak) level ketiga, yang merupakan faktor risiko bebas untuk penyakit jantung.
3) Lemak tepu, yang datang terutamanya daripada produk haiwan, boleh meningkatkan kedua-dua HDL dan kolesterol LDL, tetapi dalam konteks diet rendah karbohidrat, kesan ke atas paras kolesterol adalah positif.
So lepas ni jgn bimbang nak makan telur.. makan je..
Orang yang makan telur sikit pun kentut dia busuk jugaakk..
Pesanan aku: kalau wat DA.. wat betul2.. jgn suka sangat cheat..
Sebab.. korang makan telur banyak that's mean ade penambahan kolesterol..
Korang cheat makan nasik.. sampai 2/3 hari.. bertambah la karbohidrat dalam badan korang..
Badan korang akan sibuk bakar karbohidrat..
Kolestrol yg banyak dlm badan tak tau nak gi mana..
BAHAYA..
One more thing..
DIET ATKINS HANYA UNTUK SEMENTARA, BUKAN SELAMANYA...